Ernie Zakri Dinobat Bintang Paling Popular 2025 & Ini Senarai Penuh Pemenang ABP

  • Reporter
  • Topic Author
  • Offline
  • Moderator
More
4 hours 10 minutes ago - 4 hours 10 minutes ago #36 by Reporter
Penyanyi dan aktres Ernie Zakri, 33, dinobatkan Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 37 (ABPBH 37) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Premiera Hotel, Kuala Lumpur hari ini

 Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah binti Zakri berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengangkatnya sampai ke tahap sekarang sehingga menggenggam trofi keramat itu.

Terdahulu, Ernie yang juga merupakan seorang pencipta lagu, meraih trofi Penyanyi Wanita Popular, menewaskan empat finalis Bintang Paling Popular iaitu Sweet Qismina, Emma Maembong, Wani Kayrie dan Tracie Sinidol.

"Ya Allah, saya tak pernah jangka. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Ini jauh dari sudut fikiran saya untuk mendapat anugerah ini. Saya menghargai sokongan semua dan berdoa agar dapat melakukan lebih baik pada masa akan datang," katanya sambil menahan sebak.

Penyanyi itu unggul dengan undian sebanyak 124,448,198

Sewaktu namanya diumumkan, seluruh dewan bergema dengan jeritan menandakan kemenangan itu memang direstui ramai.

Menurut laporan Berita Harian, Ernie menerima trofi pewter ABPBH dengan bentuk skor muzik dengan ukiran lengkuk bermotif 'reel' filem seberat satu kilogram (kg) tertera gelaran Anugerah Bintang Paling Popular yang dihasilkan Tumasek Pewter dan wang tunai RM30,000.

Kejayaan merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Ernie sebagai antara vokalis wanita terbaik negara, malah, membuktikan faktor konsistensi, disiplin dan bakat terus menjadi pilihan peminat.

ABPBH 37 bertemakan SATU Keunggulan juga boleh distrim melalui Tonton dan diinspirasikan Daia sebagai penaja utama.

Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH37 | Harian Metro
Ernie Zakri Dinobat Bintang Paling Popular 2025 & Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37
Last edit: 4 hours 10 minutes ago by Reporter.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Visitor Statistics

  • Today 375
  • Yesterday 534
  • This Week 2650
  • Last Week 5018
  • This Month 7668
  • Last Month 16007