- Posts: 35
- Thank you received: 5
UEC tidak wajar jadi modal politik
- Reporter
-
Topic Author
- Offline
- Moderator
Less
More
4 hours 39 minutes ago #33
by Reporter
UEC tidak wajar jadi modal politik was created by Reporter
ALOR SETAR: Isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak wajar menjadi modal politik murahan atau alat untuk mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, perkara itu bukan soal kepentingan satu kaum atau parti, tetapi berkaitan dasar negara yang menyentuh perpaduan dan masa depan sistem pendidikan nasional.
Katanya, DAP juga perlu menjawab dengan telus berkaitan UEC khususnya jumlah sebenar pelajar yang terlibat serta tahap sokongan rakyat terhadap tuntutan pengiktirafan sijil itu.
“Apakah wajar isu ini terus dibangkitkan sedangkan ia tidak mendapat persetujuan majoriti rakyat Malaysia. Adakah kerana DAP menganggap ia penting, maka seluruh rakyat Malaysia perlu menerimanya tanpa soal.
“Saya meminta kepimpinan DAP agar tidak sekadar mahu menonjolkan diri sebagai ‘wira’, sedangkan mereka sendiri sedar bahawa isu ini tidak mendapat sokongan majoriti rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming sebelum ini dilapor berkata, partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meminta supaya kerajaan mengiktiraf UEC.
Mohd. Farhan berkata, sekiranya DAP benar-benar ikhlas, Kor Ming sewajarnya membawa isu UEC ke peringkat kementerian serta mesyuarat Kabinet, bukan sekadar membuat kenyataan media untuk meraih simpati politik.
“Jangan jadikan isu ini sebagai umpan politik untuk memancing undi masyarakat Cina, sambil menyerang Pemuda UMNO dan ketuanya dengan tuduhan tidak berasas. Politik sebegini hanya akan pecah belah rakyat dan menjejaskan kepercayaan umum terhadap kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Please Log in or Create an account to join the conversation.