- Posts: 22
- Thank you received: 5
Lebih 1,000 individu lari ke Thailand selepas serbuan pusat scam di Myanmar
- Reporter
-
Topic Author
- Offline
- Moderator
Less
More
3 days 5 hours ago - 3 days 5 hours ago #7
by Reporter
Lebih 1,000 individu lari ke Thailand selepas serbuan pusat scam di Myanmar was created by Reporter
BANGKOK: Lebih 1,000 individu, kebanyakannya warga China, melarikan diri dari Myanmar ke Thailand minggu ini susulan serbuan tentera Myanmar ke atas salah satu pusat penipuan dalam talian terbesar di negara itu.
Pihak berkuasa wilayah Tak di Thailand memaklumkan seramai 1,049 orang telah menyeberangi sempadan ke daerah Mae Sot dari Rabu hingga pagi Jumaat meningkat berbanding 677 individu yang melarikan diri sehari sebelumnya dari kompleks penipuan dikenali sebagai KK Park.
Kebanyakan mereka terdiri daripada warga China, diikuti rakyat dari India, Pakistan, Vietnam, Myanmar, Thailand dan lebih 10 negara lain.
Menurut laporan AFP, kumpulan terbabit menyeberangi Sungai Moei menggunakan bot kecil dan alat terapung sebelum ditahan pihak berkuasa Thailand untuk pemeriksaan dokumen serta telefon bimbit.
Timbalan Gabenor Tak, Sawanit Suriyakul Na Ayutthaya, berkata pihak berkuasa percaya sebahagian besar mereka berasal dari KK Park dan akan disaring bagi menentukan sama ada mereka mangsa pemerdagangan manusia.
Jika tidak, mereka boleh dikenakan tindakan atas kesalahan imigresen.
Tentera Myanmar sebelum ini menyerbu KK Park yang terletak berdekatan sempadan Thailand dan merampas peranti internet satelit Starlink yang digunakan dalam operasi penipuan siber.
Susulan itu, SpaceX mengumumkan lebih 2,500 peranti Starlink telah dinyahaktifkan di pusat-pusat ‘scam’ di Myanmar.
Media kerajaan Myanmar turut melaporkan penahanan 118 warga asing dari 14 negara yang didakwa terlibat dalam operasi penipuan dalam talian dan perjudian di kawasan sama.
- YouTube
Berita asal
Lebih 1,000 individu lari ke Thailand selepas serbuan pusat scam di Myanmar | BULETIN TV3 Malaysia

Last edit: 3 days 5 hours ago by Reporter.
Please Log in or Create an account to join the conversation.