Selamat Datang Semua!

  • Administrator
  • Topic Author
  • Offline
  • Administrator
More
1 week 4 days ago #1 by Administrator
Selamat Datang Semua! was created by Administrator
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih semua, kita dah ada forum terbaru untuk rakyat Malaysia singgah dan berkongsi cerita dan pendapat tentang pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, dari isu semasa, politik, dunia, sampailah ke menu masakan, sejarah, dan tip jaga bayi dan kanak-kanak dan sebagainya.

Ruangan pengakuan atau perkongsian pengalaman juga ada disediakan, ala bilik pengakuan terahsia, cuma perlu tulis dan hantar cerita anda kepada kami, tanpa perlu mendaftar atau menulis nama sekali pun - anonymous confession

Tak cukup dengan itu lagi, kita ada product & service section, dimana para penjual barang atau perkhidmatan boleh menyenaraikan barangan anda disini. Tiada sebarang caj komisen untuk setiap barang yang dijual, ini sangat sesuai untuk para peniaga dropship affiliate, cuma perlu iklankan barang anda disini dan nanti terus dapat bayaran terus dari pelanggan, 100% tanpa cukai jualan!

Untuk mengelakan masalah extreme troll dan keyboard warrior yang selalu menjengkelkan kita, kami telah sediakan satu fungsi dimana setiap post akan ada "report button" dan kita akan padam sebarang post yang telah mencapai satu jumlah yang dirasakan tidak lagi sesuai dipaparkan kepada umum. Ini semua bergantung pada jumlah laporan anda, semakin banyak maka semakin cepatlah post itu akan dipadam dan pelaku juga akan digantung atau dibuang terus keahlian dari forum kita kerana ulah Mulut Berbisa,Tangan Berdosa

Kerana Pulut, Santan Binasa
Kerana Mulut, Orang Terasa
Kerana Mulut, Hati Terluka
Kerana Mulut, Kita Buang Masa
Kerana Mulut, Tak Bertegur Sapa
Kerana Mulut, Putus Saudara
Kerana Mulut, Dosa Neraka
Kerana Melalut, Buruk Padahnya

Silalah gunakan forum ini dengan berhemah ya.. 

Terima kasih!

Pak Long
24 Rabi'ul Akhir 1447 H
Jumaat 17/10/2025
The topic has been locked.

Visitor Statistics

  • Today 213
  • Yesterday 204
  • This Week 214
  • Last Week 911
  • This Month 1125
  • Last Month 0